Monday, May 6, 2013

resepi..





Definasi...

Capati ini yang ramai dikenali adalah makanan utama penduduk di utara India bukan di Selatan. Di Selatan India Thosai menjadi pilihan utama. Di negara kita capati diperkenalkan oleh kaum India Sikh atau Punjabi. Senang cakap kegemaran Benggali, tetapi bukan “roti benggali”. Roti bengali sejenis roti yang keras sedikit dari roti bun biasa. Tepung untuk membuat capati ini dipanggil “tepung Atta” bukan tepung gandum biasa, walau pun ia kelihatan seperti tepung gandum. Tepung atta ini diperbuat daripada bijiran gandum yang jenis yang keras dan biasa digunakan untuk membuat pasta. Cara buat capati amat mudah dan ringkas. Dulu Tepung ini murah dari tepung gandum tetapi kini tepung ini lebih mahal dari tepung gandum.




Bahan-bahan...
  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm                       airnya 50ml. air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.




cara membuat capati dengan sedaaap...





1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli . Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.
2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung.
3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung sebelum diletakan dalam
papan lenyek. Sebelum anda tindihkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.
4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan doh telah leperkan itu, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Masukkan dalam kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Semasa putar capati letak minyak sapi sedikit untuk bau dan rasa.Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat. Bila kenakan tekanan anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Terbalikan dan bakar sebelah, seperti yang diterangkan.
5. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak,hehehe...



capatti yang telah disiap...